Wednesday, May 27, 2009

Kelas Cupcake


Sijil yg aku terima ....


Cupcake ni dihias oleh cikgu aku utk diberikan kepada VIP yg datang utk menyampaikan sijil penyertaan.... comel2 gitu.





Kelas Cupcake


Hari ahad lepas hari terakhir Kelas Cupcake..Kami diajar membuat Almond Apple Cupcake topping with Butterscotch Glaze dan pelbagai jenis cupcake topping with Buttercream. Gambar first tulah cikgu aku kak Nora Yazdad. Terima kasih banyak2 kerana telah memberi kami ilmu tentang pembuatan cupcake ini. Kalau tak pergi belajar mana nak tahukan? Inilah hasil2nya cupcake yg telah dihias... banyak yg perlu diperbaiki..terutama yg aku punya...













Wednesday, May 20, 2009

Chocolate Moist Cuppies


Salam.. Chocolate Moist Cuppies ni aku buat utk anak2ku sempena Hari Guru... anak dara aku yg bersungguh2 sangat suruh aku buat....nak bagi kat cikgu dia. Selamat Hari Guru kepada guru2 Sekolah Kebangsaan Kg Pandan (1982-1987) dan Sekolah Menengah Taman Maluri KL (1988-1992). Jasamu sentiasa dikenang. Banyak kenangan tu.....

Monday, May 18, 2009

Blueberry Cheese Cake


Blueberry Cheese Cake..filling ngan cream cheese icing dan blueberry dlm tin ..topping ngan buttercream. Cake ni ayah mertua aku order untuk bisnes partnernya. Mula2 tu memikir gak aku kek apa nak buat.. ayah mertua aku kata nak kek yg sedap2...fikir punya fikir..last2 buat cheese cake aje la.. ok gak. Terima kasih ayah bagi peluang kat kak long untuk buat kek ni...tengah semangat ni.. Harap2 keknya sedap... Bukan senang nak jual kek kalau keknya tak sedap... Kadang2 tu risau jugak... takut tak memenuhi citarasa orang.. Terima kasih byk2 kat otai2 blogger yg sanggup berkongsi minat, memberi tunjuk ajar, memberi resepi dan petua2 yg bermanfaat.. KakUmmi@Home Sweet Home, Bakedecorate2u, Kak Hanieliza, Maklang Corner, ResipiNoraini, Sweetlily's kitchen dan my lovely teacher Kak Nora Yazdad. Thanx to all of you..





Blueberry Cheese Tart


Salam..... Cheese Tart ni di order oleh adik ipar untuk dibawa ke officenya sebanyak 50 biji. Minggu lepas lagi dah siap order.. terima kasih daun keladi nanti boleh le order lagi....hehehe...harap2 memuaskan hati.

Monday, May 11, 2009

Kelas Cupcake


Ini kelas untuk minggu yg keempat.. Cheese Cupcake topping with cream cheese icing & Sugarpaste.. Ada lagi 2 kelas ... Inilah cupcake yg aku dan kwn2 buat. Gambar first tu cikgu buat utk ibu dia. Simple aje tapi menarik.




Kek Hari Ibu


Oreo Cheese Cake ...sempena hari ibu aku buatkan untuk mak mertuaku.. Yalah..kita dah takda mak.. kat mertualah nak menumpang kasih..sedih la pulak.. Selamat hari ibu mak..dan kepada semua ibu2 diseluruh dunia... semoga kita menjadi anak yg terbaik buat ibu kita dan ibu yg terbaik buat anak2 kita... Resepinya aku ambik kat blog kak Ummi yg memang sedap2 resepinya...thank you very much buat kak Ummi yg sudi berkongsi resepi.


Mak dan cucu2nya.. kat atas kek tu saja aku letakkan buah strawberry yg besar2 dan buah peach...semua suka.. emmm sedap...




Majlis Pertunangan


Hari sabtu lepas memang sibuk sikit... anak buah aku bertunang..kakak aku minta buatkan kek untuk hantaran...mula2 tu risau gak ...tak pernah lagi buat kek untuk hantaran..takut tak cantik..tapi takpa kita mesti mencubakan.... dan inilah hasilnya .. Langsung tak tidur aku malam tu nak siapkan keknya... Keknya Chocolate Moist Cake topping ngan Buttercream.. dan bunga yg cantik tu aku beli yg dah siap punya. Ok tak? Kalau tak cantik jgn maree... Gambar kat sebelah tu kakak aku ngan bakal menantunya... Lawa gak orgnya. Untuk anak buah aku semoga jodoh berpanjangan... Insyaallah..

Blueberry Cheese Tart


BLUEBERRY CHEESE TART ni anak buah aku order..katanya utk majlis kawannya yg akan berangkat ke India... Dia order 50 biji tart ni.. thanx ya Niza.. kalau sedap boleh order lagi.

Chocolate Moist Cake

Kakak aku order kek ni utk bestfriend dia sempena harijadinya... Chocolate Moist Cake topping with ganache & buttercream..filling with ganache. Thanx kak...








Saturday, May 2, 2009

Pulut Kuning Rendang Ayam


Pulut Kuning Rendang Ayam... Emmm lazat... lama tak makan.. Yg ni kakak aku yg masak..
Asyik kek aje ..meh potong pulut kuning ni pulak.. Kakak aku kalau pasal masak2 memang terror. Nak ajak sekali tak boleh..layan gambar aje le...

Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart ... Dah siap cupcake.. inilah projek ku seterusnya.. bawak gi umah kakak aku utk majlis harijadi tu... Emmm ..memang sedap.. Semua orang pun cakap sedap dan tart ni la yg habis dulu kena makan..Promote la jugak kat sana ..kalau ada sapa2 nak order...hehehe..

Chocolate Moist Cuppies


Chocolate Moist Cuppies ini aku buatkan sempena birthday adik bongsuku yg ke..... Sebenarnya birthday dia dah lepas.. masing2 sibuk...jadi baru dapat sambut hari ini. Kebetulan kakak aku pun buat majlis birthday utk cucunya yg pertama... jadi sambut kat umah dia aje la... Happy birthday ..Adik ku ANIE & Happy birthday ...Cucuku..DIA... Dah jadi nenek dah aku ni...tapi nenek muda lagi tau...Semoga semuanya sentiasa ceria, gembira, dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah SWT...