Salam... lama tak entry aku punya umah ni... kebetulan pagi tadi tengok umah kak Ummi..(yg terror masak tu).. berkenan sgt ngan muffin yg satu ni..bhn semua ada..apa lagi tgh hari lepas ambik anak dari sekolah aku startlah projek... inilah dia chocolate muffin. Resepi asal dari akak Liza(yg pernah masuk WHI beberapa bulan lepas) tapi aku ambik kat umah kak Ummi.. sedaplah muffin ni.. lembut dan gebu. Terima kasih diucapkan kpd akak2 yg sudi berkongsi resepi yg sedap2.
Sempena ramadhan al-mubarak...selamat menjalani ibadah puasa..semoga amal ibadah kita diberkati ALLAH SWT...
DAN.. juadah berbuka tahun ni pasti meriah dgn resepi yg lazat dari akak2 blogger (otai)..Sudah pasti aku akan mencuba resepi akak2 ni... dan selamat bersahur..
Terima kasih kepada yang sudi menjengah blog ini. Blog ini adalah tempat untuk saya berkongsi cerita, berkongsi minat terutama tentang pembuatan kek.. Saya juga mengambil tempahan kek dan cupcake... kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah hubungi saya..
Cuba jadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak...
Cuba jadi yang terbaik untuk diri sendiri..
Cuba buat yang terbaik untuk tempahan yang datang..
Alhamdullillah dengan bakat yang diberi..
Semoga dimurahkan rezeki di jalan yang telah diaturkan ini....