Monday, June 1, 2009

Blueberry Cheese Tart Lagi



Salam.... Cheese Tart lagi.. Kali ni adik iparku yg nombor 3 pulak yg order utk makan2 kat opis dia...Thanx Nim ...

Wednesday, May 27, 2009

Kelas Cupcake


Sijil yg aku terima ....


Cupcake ni dihias oleh cikgu aku utk diberikan kepada VIP yg datang utk menyampaikan sijil penyertaan.... comel2 gitu.





Kelas Cupcake


Hari ahad lepas hari terakhir Kelas Cupcake..Kami diajar membuat Almond Apple Cupcake topping with Butterscotch Glaze dan pelbagai jenis cupcake topping with Buttercream. Gambar first tulah cikgu aku kak Nora Yazdad. Terima kasih banyak2 kerana telah memberi kami ilmu tentang pembuatan cupcake ini. Kalau tak pergi belajar mana nak tahukan? Inilah hasil2nya cupcake yg telah dihias... banyak yg perlu diperbaiki..terutama yg aku punya...













Wednesday, May 20, 2009

Chocolate Moist Cuppies


Salam.. Chocolate Moist Cuppies ni aku buat utk anak2ku sempena Hari Guru... anak dara aku yg bersungguh2 sangat suruh aku buat....nak bagi kat cikgu dia. Selamat Hari Guru kepada guru2 Sekolah Kebangsaan Kg Pandan (1982-1987) dan Sekolah Menengah Taman Maluri KL (1988-1992). Jasamu sentiasa dikenang. Banyak kenangan tu.....

Monday, May 18, 2009

Blueberry Cheese Cake


Blueberry Cheese Cake..filling ngan cream cheese icing dan blueberry dlm tin ..topping ngan buttercream. Cake ni ayah mertua aku order untuk bisnes partnernya. Mula2 tu memikir gak aku kek apa nak buat.. ayah mertua aku kata nak kek yg sedap2...fikir punya fikir..last2 buat cheese cake aje la.. ok gak. Terima kasih ayah bagi peluang kat kak long untuk buat kek ni...tengah semangat ni.. Harap2 keknya sedap... Bukan senang nak jual kek kalau keknya tak sedap... Kadang2 tu risau jugak... takut tak memenuhi citarasa orang.. Terima kasih byk2 kat otai2 blogger yg sanggup berkongsi minat, memberi tunjuk ajar, memberi resepi dan petua2 yg bermanfaat.. KakUmmi@Home Sweet Home, Bakedecorate2u, Kak Hanieliza, Maklang Corner, ResipiNoraini, Sweetlily's kitchen dan my lovely teacher Kak Nora Yazdad. Thanx to all of you..





Blueberry Cheese Tart


Salam..... Cheese Tart ni di order oleh adik ipar untuk dibawa ke officenya sebanyak 50 biji. Minggu lepas lagi dah siap order.. terima kasih daun keladi nanti boleh le order lagi....hehehe...harap2 memuaskan hati.

Monday, May 11, 2009

Kelas Cupcake


Ini kelas untuk minggu yg keempat.. Cheese Cupcake topping with cream cheese icing & Sugarpaste.. Ada lagi 2 kelas ... Inilah cupcake yg aku dan kwn2 buat. Gambar first tu cikgu buat utk ibu dia. Simple aje tapi menarik.