Wednesday, December 2, 2009

Majlis Perkahwinan

Sambungan majlis perkahwinan... Kenduri kahwin ni diraikan oleh kumpulan berzanji dari Taman Koperasi Polis yg salah seorang pesertanya ialah ibu mertuaku....


Kumpulan berzanji bergambar bersama-sama ibu pengantin..tak ketinggalan jugak anak aku yg duduk kat depan tu...


Ibu-ibu glamer pulak nak pose...

Nilah org2 kuat kat tempat aku ni kalau ada kenduri kendara...
dr kiri..kak ros, kak nor dan kak chah...

Inilah saat2 yg dinanti-nantikan oleh kanak2 dan tak ketinggalan jugak anak aku...setelah selesai kenduri... mulalah operasi menangkap anak ikan...seronok betul budak2 tu.... bukannya budak2 aje yg sibuk tangkap anak ikan...mak dan bapak budak pun joint sekali...

Majlis Perkahwinan

Cuti sekolah datang lagi... begitu juga kenduri kahwin...sana sini pasti ada orang kahwin...tak ketinggalan jugak kat tempat aku ni ada member tu buat kenduri kahwin anak sulungnya.Majlis berlangsung pada 22 November hari tu...tapi biasalahkan baru hari ni free nak mengupdate blog aku ni... bukannya apa agak sibuk sikit dan kebetulan kenduri kahwin ni jatuh pada hari yg sama dengan majlis khatam quran anak aku...

Majlis perkahwinan yg telah berlangsung pada 22 November hari tu...
Sama cantik sama padan pasangan pengantinnya duduk diatas pelamin meraikan hari bahagia..
Semoga berkekalan hingga ke Syurga...



Tempat menjamu selera yang telah dihias cantik oleh En.Din...memang meriahlah..Siap ada airlah kat bawah tempat lauk pauk tu....dan yg paling istimewa ada ikan-ikan kecil berenang didalamnya..macam kat hotel aje rasanya.. Menunya pulak.. Nasi minyak, nasi putih...lauknya ayam masak merah, jelatah, sayur keladi masak asam, sayur nangka masak lemak, kerang rebus dan air asam special... kerabu pun ada.. tukang masaknya diimport dari Perak yg memang terror masak... siap ada dessert lagi tu..bubur pulut hitam dan bubur jagung.. Minumannya pulak...berjenis-jenis air...sampai tak tau nak pilih yg mana... kalau boleh semua nak rasa..tapi aku ambik air barli aje..memang sedap.. walaupun penat tapi seronoklah..

Tuesday, November 24, 2009

Majlis Khatam Al-Quran




Majlis Khatam Al-Quran yg berlangsung hari sabtu lepas yg dianjurkan oleh sekolah agama anakku Faiz... Macam2 pertandingan ada..pakaian sedondon,bunga telur tercantik...aku punya biasa aje....beli siap..aku pun bukannya nak masuk bertanding sebab aku salah sorang AJK..tak boleh bertanding..
Alhamdullillah...semuanya berjalan lancar...

Pandan & Chocolate Muffin





Muffin ini aku buat untuk jamuan akhir tahun sekolah anak2ku...


Tuesday, November 3, 2009

Chocolate Moist Cuppies

Cuppies ni untuk anak member dekat rumah sempena birthdaynya yg pertama... Happy birthday Yana....semoga menjadi anak yg solehah..








Saturday, October 31, 2009

Chocolate Moist Cake



Chocolate Moist Cake diorder oleh mak mertua adik aku sempena hari jadi anak bongsu dia dan juga cucunya yang sama tarikh lahir...Terima kasih makcik..sudi order kek ngan saya. Harap2 memuaskan hati hendaknya.

Saturday, October 24, 2009

Happy Birthday buat Hubby


Sebenarnya ...17 Oktober hari tu hari jadi suamiku yg tercinta...Selamat hari lahir bang...semoga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki dan semoga dirahmati Allah SWT...Amin. Aku ada buatkan kek untuknya tapi tak dan nak snap gambar..kebetulan member dia datang rumah..masa tukan raya lagi... sibuk2 masak lupa nak snap gambar.. Dah malam baru teringatkan kek tu..decorate lebih kurang lepastu bagi kat dia... lilin pun aku tak letak...cuma potong dan makan...macam kelam kabut aje... rancangnya lain tapi jadinya lain... apa nak buat..dah lepas pun. Harap abang suka kek tu ya...oh ya kek yg aku buat tu Tiramisu Cake(simple aje) atas nya aku letak buah peach.