Wednesday, December 2, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam diseluruh dunia...
Nilah gambar2 kenangan pada hari raya korban hari tu.. gambar anak2lah yg banyak...


Anak gadis ku...Nurul Iwani... suka sangat bergambar...
Nenek bergambar bersama cucu2nya....

Si Aiman yg baru berusia 3 thn ni pun pandai posing tau..



Dr kiri atas : Wani, Ain dan Balqis
Dr kiri bwh: Aiman dan Aisyah

Chocolate Moist Cake



Chocolate Moist Cake dua tingkat ni untuk pengantin...tapi bukan aku yg buat...salah sorang jiran aku yg membuatnya.. cantik dan sedap... teringin nak buat kek pengantin camni...buat masa ni tak berani lagi nak buat...aku cuma buat kek2 kecil aje...

Majlis Perkahwinan

Sambungan majlis perkahwinan... Kenduri kahwin ni diraikan oleh kumpulan berzanji dari Taman Koperasi Polis yg salah seorang pesertanya ialah ibu mertuaku....


Kumpulan berzanji bergambar bersama-sama ibu pengantin..tak ketinggalan jugak anak aku yg duduk kat depan tu...


Ibu-ibu glamer pulak nak pose...

Nilah org2 kuat kat tempat aku ni kalau ada kenduri kendara...
dr kiri..kak ros, kak nor dan kak chah...

Inilah saat2 yg dinanti-nantikan oleh kanak2 dan tak ketinggalan jugak anak aku...setelah selesai kenduri... mulalah operasi menangkap anak ikan...seronok betul budak2 tu.... bukannya budak2 aje yg sibuk tangkap anak ikan...mak dan bapak budak pun joint sekali...

Majlis Perkahwinan

Cuti sekolah datang lagi... begitu juga kenduri kahwin...sana sini pasti ada orang kahwin...tak ketinggalan jugak kat tempat aku ni ada member tu buat kenduri kahwin anak sulungnya.Majlis berlangsung pada 22 November hari tu...tapi biasalahkan baru hari ni free nak mengupdate blog aku ni... bukannya apa agak sibuk sikit dan kebetulan kenduri kahwin ni jatuh pada hari yg sama dengan majlis khatam quran anak aku...

Majlis perkahwinan yg telah berlangsung pada 22 November hari tu...
Sama cantik sama padan pasangan pengantinnya duduk diatas pelamin meraikan hari bahagia..
Semoga berkekalan hingga ke Syurga...



Tempat menjamu selera yang telah dihias cantik oleh En.Din...memang meriahlah..Siap ada airlah kat bawah tempat lauk pauk tu....dan yg paling istimewa ada ikan-ikan kecil berenang didalamnya..macam kat hotel aje rasanya.. Menunya pulak.. Nasi minyak, nasi putih...lauknya ayam masak merah, jelatah, sayur keladi masak asam, sayur nangka masak lemak, kerang rebus dan air asam special... kerabu pun ada.. tukang masaknya diimport dari Perak yg memang terror masak... siap ada dessert lagi tu..bubur pulut hitam dan bubur jagung.. Minumannya pulak...berjenis-jenis air...sampai tak tau nak pilih yg mana... kalau boleh semua nak rasa..tapi aku ambik air barli aje..memang sedap.. walaupun penat tapi seronoklah..

Tuesday, November 24, 2009

Majlis Khatam Al-Quran




Majlis Khatam Al-Quran yg berlangsung hari sabtu lepas yg dianjurkan oleh sekolah agama anakku Faiz... Macam2 pertandingan ada..pakaian sedondon,bunga telur tercantik...aku punya biasa aje....beli siap..aku pun bukannya nak masuk bertanding sebab aku salah sorang AJK..tak boleh bertanding..
Alhamdullillah...semuanya berjalan lancar...

Pandan & Chocolate Muffin





Muffin ini aku buat untuk jamuan akhir tahun sekolah anak2ku...


Tuesday, November 3, 2009

Chocolate Moist Cuppies

Cuppies ni untuk anak member dekat rumah sempena birthdaynya yg pertama... Happy birthday Yana....semoga menjadi anak yg solehah..