Hari sabtu yg busy.... buat dua biji kek.. satu member abangku order untuk birthday wife dia. Satu lagi aku buatkan kek sempena birthday kakakku yg tinggal kat Ampang. Sampai malam aku mengerjakan keknya. Pagi ahad dah settle kerja-kerja kat rumah aku pun geraklah ke Ampang nak hantar kek-kek tu... Nasib baik satu kawasan.. senanglah sikit kerja. Itupun aku dgn anak perempuanku aje yg pergi.. cik abang aku & anak ku yg lelaki tak ikut sebab kat rumah aku ni ada kerja kahwin.. Terpaksalah seperate dua.. Kakakku buat makan-makan sikit petang tu.. sampai ke petanglah aku kat rumah dia. Dalam pukul enam baru aku gerak balik.. kat rumah dia punyalah hujan lebat..sampai aje kat rumah aku kering..tak hujan langsung.
Ni kek yg diorder oleh member cik abang aku.. ice cream cheese cake.
Ni pulak kek untuk my sister .. Keknya Butter Cheese Cake.. resepi ambik kat blog kak Ummi.. sedap keknya.. thanx buat kak Ummi. First time buat deco bunga rose dan basketweave.. Tak berapa kemas lagi... al-maklum saya ibu baru belajar...ahak..ahak..
Terima kasih kepada yang sudi menjengah blog ini. Blog ini adalah tempat untuk saya berkongsi cerita, berkongsi minat terutama tentang pembuatan kek.. Saya juga mengambil tempahan kek dan cupcake... kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah hubungi saya..
Cuba jadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak...
Cuba jadi yang terbaik untuk diri sendiri..
Cuba buat yang terbaik untuk tempahan yang datang..
Alhamdullillah dengan bakat yang diberi..
Semoga dimurahkan rezeki di jalan yang telah diaturkan ini....
No comments:
Post a Comment