Wednesday, December 2, 2009

Majlis Korban

Sempena hari raya aidiladha... ditempat tinggal aku ni juga kami tidak melepaskan peluamg untuk menunaikan taggungjawab sebagai umat islam melakukan korban... ini adalah pertama kali kami berkongsi membuatnya di dlm kawasan tempat tinggal kami sendiri... selalunya kami berkongsi ngan masjid yg berdekatan... Alhamdullilah semuanya berjalan ngan lancar...Inilah
2 ekor lembu yg telah selamat dikorbankan pada hari sabtu lepas.. dibawa dgn lori dari Temerloh..



Selepas disembelih kaum ibu bergotong-royong meyiapkan bhn2 untuk memasak dan kaum bapa pula melapah...memang meriahlah sambutan raya haji tahun ni.. tapi aku lupa pulak bawak kamera.. gambar lembu ni pulak ditangkap 2 hari sebelum dikorbankan...Menunya ialah nasi putih, gulai daging, kerabu perut dan sup tulang sikit untuk budak2. Salah sorang member aku ni siap ambik otak lembu lagi..bawak naik kat umah dia dan masak lemak cili api...mmpphhh..memang sedap.. first time aku makan otak lembu...

No comments:

Post a Comment