Wednesday, February 17, 2010

Ulangtahun Perkahwinan yg ke 13 Tahun...





Lepas sambutan harijadi ain tu aku, suami dan anak2 menyambut anniversary perkahwinan kami pulak yg ke 13 tahun...sekejap betul masa berlalu... Selama 13 tahun ini bermacam2 perkara kami tempuhi...Alhamdullilah.. semuanya dapat kami atasi dengan penuh kesabaran dan berjalan dengan lancar... Semoga hari-hari yg mendatang akan dapat kami jalani dgn lebih rukun damai dan berkekalan hingga ke Syurga..Insyaallah....
Takda kek ...bukannya apa malaslah pulak nak buat..sbb semlmnya asyik membaut kek untuk anak buah tu... lagipun cik abang nak belanja makan kat luar... seronok u...anak2 mcm biasalah nak makan chicken chop..cik abg lak favorite dia lamb chop lah....dan aku chicken with black pepper sauce.... Sebelum gi makan2 tu kitaorg meronda jap ke Sg Wang....dapatlah jugak hadiah perfume...thanx bang...

Birthday Ain

Majlis birthday ain yg diadakan kat umah nenek & atuk... macam biasa...

Fruit Tatlet


Fruit Tatlet ni saja aku buat untuk makan2 masa birthday anak buah aku (Ain)... Emm sedapnya.....first time buat....tapi sayang takda buah strawberry...kalau ada mesti lagi sedap dan nampak lagi cantik.....

Blueberry Cheese Cake



Blueberry Cheese Cake ini diorder oleh adik iparku untuk birthday anak sulungnya Che Nur Ain..yg ke 9 thn. Kebetulan seminggu lepas tu hari jadi mamanya..aku tuliskan sekali happy birthday utk mamanya sekali... Happy birthday buat ain dan mama..semoga ceria selalu...dan terima kasih kerana sudi order kek dgn kak long... Harap keknya memuaskan hati...

Wednesday, December 2, 2009

Birthday Faiz

Sempena makan-makan mlm tu aku pun tak ketinggalan celebrate birthday anak sulung ku Muhammad Faiz yg ke 12 thn... Lepas jugak hajat aku nak buatkan untuk dia kek padang bola yg dah lama dia inginkan...masa tu aku belum berkecimpung dalam bidang kek ni lagi.. Mula2 ingatkan nak buat surprise untuk dia...tapi adik dia dah pecah rahsia dulu... apa lagi ..bila dia tgk aje kek tu tersenyum lebarlah dia..happy sangat. Keknya Vanilla Sponge Cake filling with Blueberry. Semoga anak ibu ni belajar bersungguh-sungguh dan tercapai cita-cita dimasa hadapan... ibu dan abah sayang dgn Faiz dan senantiasa mendoakan yg terbaik untuk anak-anaknya...









Makan-makan lagi...

Hari isnin malam hari tu...makan-makan lagi...minggu ni asyik makan aje...hilang semua diet...hihihi...takpalah...lepas ni sambung diet balik.. Ketua Chef kitaorg iaitu En Saad yg masak sup tulang ni...(tulang dari daging korban hari sabtu tu)memang sedaplah... satu periuk besar pulak tu.. Menu-menu lain.. nasi impit/bihun sup, laksa, pengat pisang, kuih- muih, roti jala dan aku buat triffle..



Kek ni pulak sempena anniversary salah sorang member aku..dia order kek ni dan kata nak celebrate sekali..Happy Anniversary Awie & Shahril yg ke 12... Semoga sentiasa berbahagia..

Nilah Triffle yg aku buat....sedap...



Majlis Korban

Sempena hari raya aidiladha... ditempat tinggal aku ni juga kami tidak melepaskan peluamg untuk menunaikan taggungjawab sebagai umat islam melakukan korban... ini adalah pertama kali kami berkongsi membuatnya di dlm kawasan tempat tinggal kami sendiri... selalunya kami berkongsi ngan masjid yg berdekatan... Alhamdullilah semuanya berjalan ngan lancar...Inilah
2 ekor lembu yg telah selamat dikorbankan pada hari sabtu lepas.. dibawa dgn lori dari Temerloh..



Selepas disembelih kaum ibu bergotong-royong meyiapkan bhn2 untuk memasak dan kaum bapa pula melapah...memang meriahlah sambutan raya haji tahun ni.. tapi aku lupa pulak bawak kamera.. gambar lembu ni pulak ditangkap 2 hari sebelum dikorbankan...Menunya ialah nasi putih, gulai daging, kerabu perut dan sup tulang sikit untuk budak2. Salah sorang member aku ni siap ambik otak lembu lagi..bawak naik kat umah dia dan masak lemak cili api...mmpphhh..memang sedap.. first time aku makan otak lembu...