Wednesday, December 2, 2009

Birthday Faiz

Sempena makan-makan mlm tu aku pun tak ketinggalan celebrate birthday anak sulung ku Muhammad Faiz yg ke 12 thn... Lepas jugak hajat aku nak buatkan untuk dia kek padang bola yg dah lama dia inginkan...masa tu aku belum berkecimpung dalam bidang kek ni lagi.. Mula2 ingatkan nak buat surprise untuk dia...tapi adik dia dah pecah rahsia dulu... apa lagi ..bila dia tgk aje kek tu tersenyum lebarlah dia..happy sangat. Keknya Vanilla Sponge Cake filling with Blueberry. Semoga anak ibu ni belajar bersungguh-sungguh dan tercapai cita-cita dimasa hadapan... ibu dan abah sayang dgn Faiz dan senantiasa mendoakan yg terbaik untuk anak-anaknya...









Makan-makan lagi...

Hari isnin malam hari tu...makan-makan lagi...minggu ni asyik makan aje...hilang semua diet...hihihi...takpalah...lepas ni sambung diet balik.. Ketua Chef kitaorg iaitu En Saad yg masak sup tulang ni...(tulang dari daging korban hari sabtu tu)memang sedaplah... satu periuk besar pulak tu.. Menu-menu lain.. nasi impit/bihun sup, laksa, pengat pisang, kuih- muih, roti jala dan aku buat triffle..



Kek ni pulak sempena anniversary salah sorang member aku..dia order kek ni dan kata nak celebrate sekali..Happy Anniversary Awie & Shahril yg ke 12... Semoga sentiasa berbahagia..

Nilah Triffle yg aku buat....sedap...



Majlis Korban

Sempena hari raya aidiladha... ditempat tinggal aku ni juga kami tidak melepaskan peluamg untuk menunaikan taggungjawab sebagai umat islam melakukan korban... ini adalah pertama kali kami berkongsi membuatnya di dlm kawasan tempat tinggal kami sendiri... selalunya kami berkongsi ngan masjid yg berdekatan... Alhamdullilah semuanya berjalan ngan lancar...Inilah
2 ekor lembu yg telah selamat dikorbankan pada hari sabtu lepas.. dibawa dgn lori dari Temerloh..



Selepas disembelih kaum ibu bergotong-royong meyiapkan bhn2 untuk memasak dan kaum bapa pula melapah...memang meriahlah sambutan raya haji tahun ni.. tapi aku lupa pulak bawak kamera.. gambar lembu ni pulak ditangkap 2 hari sebelum dikorbankan...Menunya ialah nasi putih, gulai daging, kerabu perut dan sup tulang sikit untuk budak2. Salah sorang member aku ni siap ambik otak lembu lagi..bawak naik kat umah dia dan masak lemak cili api...mmpphhh..memang sedap.. first time aku makan otak lembu...

Birthday

Happy Birthday buat Faiz, Najmi, Haikal, Wani & Alya.....Semoga kalian semua menjadi anak2 yg soleh dan solehah dan berjaya dunia akhirat.... Amin...




Chocolate Moist Cake




Kek ni di order oleh kakak aku sempena joint birthday anak2 buah dia (bulan oktober dan november) termasuklah anak2 aku... bukannya apa selalu setiap tahun dia bagi hadiah kat anak2 buah tapi tahun ni...tak berkesempatan...tu yg dia suruh aku buatkan kek ni...mula-mula aku ingatkan utk raya haji...bila aku tanya nak tulis apa kat kek tu..dia kata tulis happy birthday utk anak2 buah... thanx kak..buat susah2 aje.. kali ni aku buat special sikit ..letak 2 layer topping..first layer aku letak topping whipping cream perasa coklat, second layer aku curahkan chocolate ganache..memang sedap... semoga semua puas hati..

Carrot Walnut Cake


Saja aku buat kek ni untuk di bawa ke rumah mertua... first time aku buat kek ni...aku suka rasanya..tapi anak2 tak berapa suka... diaorg cuma suka cream cheese tu aje.. sampai terjilat-jilat... Carrot Walnut Cake topping with cream cheese and buttercream.. dgn simple deco..

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam diseluruh dunia...
Nilah gambar2 kenangan pada hari raya korban hari tu.. gambar anak2lah yg banyak...


Anak gadis ku...Nurul Iwani... suka sangat bergambar...
Nenek bergambar bersama cucu2nya....

Si Aiman yg baru berusia 3 thn ni pun pandai posing tau..



Dr kiri atas : Wani, Ain dan Balqis
Dr kiri bwh: Aiman dan Aisyah